
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga,Penggal Kelima,Parlimen ke-15 / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 November – Malaysia mengekalkan pendirian neutral,tegas dan berimbang dalam menghadapi peningkatan ketegangan serta eskalasi ketenteraan di rantau Asia Pasifik,khususnya perkembangan di Laut China Selatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi pendekatan unilateral,katanya,kerajaan memberi tumpuan kepada empat langkah utama,termasuk pemodenan aset dan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara berterusan serta memperkukuh latihan dan pembangunan kapasiti anggota.
Langkah lain melibatkan peningkatan kehadiran pasukan keselamatan di perairan negara menerusi rondaan dan pemantauan berterusan,selain membangunkan daya tahan masyarakat.
Menurut Datuk Seri Mohamed Khaled,pendekatan itu secara kolektif membentuk keupayaan cegah rintang yang kredibel bagi memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi pelbagai ancaman keselamatan.
Katanya,operasi rondaan dan pemantauan dilaksanakan menerusi operasi tunggal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau operasi bersepadu yang turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).