
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Oktober –Kejayaan industri kewangan Islam tidak seharusnya dinilai berdasarkan keuntungan dan pertumbuhan aset semata-mata,sebaliknya perlu dibuktikan menerusi impak nyata terhadap kehidupan rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Program yang menggabungkan pembiayaan sosial,pembiayaan mikro dan pembangunan kapasiti itu bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah membina perniagaan yang lebih berdaya tahan.
“Kewangan Islam juga perlu memainkan peranan lebih besar dalam membiayai keperluan asas rakyat,termasuk perumahan mampu milik,penjagaan kesihatan,pertanian mampan dan bekalan air bersih,” jelasnya.
Mengenai potensi pembiayaan mampan,Datuk Seri Fadillah berkata,Malaysia turut meneroka instrumen kewangan Islam yang menggabungkan matlamat kelestarian alam sekitar dengan pembangunan infrastruktur negara.
Antaranya menerusi penerbitan sukuk biru oleh Air Selangor bernilai RM200 juta bagi tempoh 15 tahun serta sukuk biru bernilai RM720 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad bagi menyokong pembangunan infrastruktur air negara.
Tegas beliau,pertumbuhan industri kewangan Islam perlu diterjemahkan kepada kemajuan sebenar ekonomi,masyarakat dan negara.
Turut hadir pada majlis itu,Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour,Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-21 dan Rakan Kongsi Pengurusan Hisham Sobri & Kadir,Tengku Datuk Seri Hasmuddin Tengku Othman.