
Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan / Foto Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 November – Penyelidikan perlu menjadi instrumen strategik dalam reformasi sektor awam,kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pembuatan keputusan malah kita dapat mengoptimumkan penggunaan sumber serta memastikan pencapaian perkhidmatan sentiasa relevan dengan kehendak rakyat,” katanya.
Menurut beliau,pengalaman dan pengetahuan penjawat awam termasuk kejayaan serta cabaran operasi juga perlu direkod dan dianalisis secara sistematik.
Langkah itu penting bagi memastikan pengetahuan berharga tidak hilang apabila pegawai bersara atau bertukar penempatan,sebaliknya membentuk memori kolektif perkhidmatan awam untuk dimanfaatkan generasi akan datang.
Selaras usaha itu,INTAN melancarkan buku Penyelidikan Sektor Awam Malaysia: Pendekatan Kajian Tindakan sebagai antara usaha memperkukuh budaya penyelidikan sektor awam.
Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan menggesa ketua jabatan dan pengurusan tertinggi agensi kerajaan menjadikan dapatan penyelidikan sebagai input utama dalam pembuatan keputusan,bukan membiarkannya sekadar menjadi dokumen simpanan.