Berita Pengangkutan

Pihak sekolah diingatkan tidak lindungi kes buli demi jaga reputasi

Sep 28, 2026 IDOPRESS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,28 September – Pengurusan sekolah diingatkan supaya tidak menyembunyikan sebarang kes buli demi menjaga reputasi kerana tindakan tersebut boleh merisikokan kepada tuntutan undang-undang sivil daripada keluarga mangsa.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Sudah tentu dalam undang-undang ada peruntukan yang menyatakan kanak-kanak di bawah 18 tahun,jika boleh,jangan dihantar ke penjara.

“Namun,mungkin sekarang tiba masanya untuk kita mengkaji semula perkara itu. Jika kesalahan yang dilakukan berat dan serius,mungkin kita harus melaksanakan hukuman yang lebih berat,” katanya lagi.

Selain aspek perundangan,Mimi Sintia turut mencadangkan supaya mekanisme aduan berhubung salah laku buli di sekolah diwujudkan dengan pelaksanaannya yang mudah diakses,menjamin kerahsiaan mangsa dan mematuhi prosedur operasi standard penyiasatan yang telus.

Mengenai penerbitan filem-filem bertemakan samseng sekolah,beliau berkata segelintir pelajar tidak mengambil pengajaran sebenar yang ingin disampaikan dalam filem berkenaan,sebaliknya beranggapan kegiatan buli itu sebagai ‘hebat’.

“Guru-guru disarankan berbincang dan memberikan penerangan mengenai filem berkenaan yang sepatutnya menjadi sempadan (pengajaran) untuk menunjukkan betapa kerasnya hidup di sebalik sekolah pemulihan bukannya dijadikan inspirasi membuli rakan sebaya,” katanya lagi.