
Foto RTM
LABUAN,21 Oktober – Malaysia Techlympics 2026 menerusi Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila merekodkan 3.18 juta penyertaan di seluruh negara setakat 20 Oktober lalu,sekali gus melepasi sasaran awal 1.8 juta penyertaan yang ditetapkan oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Pengarah UMSKAL,Profesor Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin berkata,penglibatan pelajar dalam program berkenaan amat menggalakkan dengan menunjukkan keterujaan terhadap bidang sains dan teknologi.
“Penglibatan anak-anak dari Labuan ini sangat menggalakkan. Mereka juga menunjukkan keterujaan yang tinggi.
“Perkara ini amat baik untuk memperkasakan program sains dan teknologi di peringkat kebangsaan,selain membuka peluang untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.
Di Labuan,sebanyak 10,308 penyertaan direkodkan bagi edisi kelima program berkenaan.
Daripada jumlah berkenaan,117 peserta yang mewakili 38 kumpulan dari lapan sekolah,terdiri daripada tiga sekolah rendah dan lima sekolah menengah layak ke pertandingan akhir kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),Serdang,pada 15 hingga 16 November depan.