
Facebook: APM Negeri Kedah
KUALA LUMPUR,30 Oktober – Situasi banjir di Negeri Sembilan,Perak dan Kedah tidak banyak berubah dengan sebanyak 119 penduduk terjejas masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri berkenaan setakat pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Perak dijangka mengalami hujan berserta ribut petir petang ini termasuk di daerah Kinta,Kuala Kangsar,Kampar,Manjung,Batang Padang dan Muallim.
Di KEDAH,sebanyak 25 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya setakat 8 pagi.
Menurut JPBN Kedah,kesemua penduduk terjejas adalah penduduk dari Kampung Pulai dan Kampung Senggora di Pendang.
Sementara itu,banjir di PERLIS pulih sepenuhnya selepas PPS Dewan Batu 5 yang dibuka sebagai pusat transit pada Isnin lepas ditutup sepenuhnya 9 pagi ini.
Pegawai Pertahanan Awam Unit Kuala Perlis Lt (PA) Muhamad Saiful Abdullah berkata kesemua sembilan orang daripada tiga keluarga yang masih berada di dewan itu setakat 6 petang semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas air surut sepenuhnya.- BERNAMA