
Foto AFP
ISTANBUL,30 Oktober – Pelakon Britain Patrick Stewart,yang terkenal menerusi watak Kapten Jean-Luc Picard dalam siri “Star Trek: The Next Generation” meninggal dunia pada Rabu di kediamannya di Los Angeles pada usia 86 tahun.
RINGKASAN BERITA AI
−
Watak lakonannya itu terkenal dengan arahan “Engage!” dan “Make it so”. Stewart kemudian kembali membawakan watak berkenaan dalam empat filem cereka serta siri televisyen “Star Trek: Picard” yang disiarkan selama tiga musim bermula 2020.
Selain “Star Trek”,Stewart turut membawakan watak Gurney Halleck dalam filem “Dune” (1984) arahan David Lynch dan Profesor Charles Xavier dalam lima filem “X-Men”,termasuk “Logan” (2017). Beberapa filem berkenaan turut menampilkan sahabat karibnya,Ian McKellen.
Sebelum mencipta kejayaan di Hollywood,Stewart mengukuhkan reputasinya sebagai pelakon pentas terkemuka Britain selepas menyertai Royal Shakespeare Company pada 1966.
Beliau memenangi Anugerah Olivier menerusi persembahannya dalam “Antony and Cleopatra” (1979) dan “Hamlet” (2009),selain menerima anugerah pelakon terbaik London Fringe Theatre pada 1986 menerusi “Who’s Afraid of Virginia Woolf?”- BERNAMA-ANADOLU