
Foto AFP
YANGON,30 Oktober – Utusan khas ASEAN ke Myanmar,Theresa Lazaro menamatkan lawatan dua hari ke negara itu semalam tanpa sebarang petunjuk beliau dibenarkan bertemu bekas pemimpin Myanmar yang ditahan,Aung San Suu Kyi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Lazaro turut menghabiskan hari pertama lawatannya di negeri Shan bagi meninjau program bantuan kemanusiaan untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik susulan rampasan kuasa.
Dalam perkembangan berkaitan,pihak berkuasa Myanmar sejak kebelakangan ini membenarkan Suu Kyi mempunyai hubungan terhad dengan dunia luar.
Minggu lalu,pihak berkuasa memaklumkan beliau menerima bungkusan daripada Raja Charles Britain yang mengandungi dua buku mengenai tanah serta satu komunikasi diplomatik tertutup.
Anaknya,Kim Aris yang berpangkalan di United Kingdom turut dibenarkan mengadakan panggilan konsular selama 20 minit dengannya minggu lalu.
Ia merupakan komunikasi lisan pertama antara mereka dalam tempoh lebih lima tahun.
Aris berkata ibunya kedengaran “agak sihat”,namun bimbang Suu Kyi digunakan bagi membantu memperbaiki imej pihak yang menahannya.
Filipina pada April lalu meminta “akses singkat” untuk Lazaro bertemu Suu Kyi selepas pihak berkuasa memaklumkan bekas pemimpin itu dipindahkan dari penjara ke tahanan rumah.
Permintaan sama sekali lagi dikemukakan pada Ogos selepas Suu Kyi bertemu seorang pegawai kanan Palang Merah Myanmar. – AFP