
Foto fail BERNAMA
WASHINGTON,29 Oktober – Gangguan penghantaran bijirin,tanaman yang terancam akibat cuaca buruk serta kos bahan api dan baja yang tinggi dijangka mendorong kenaikan ketara harga makanan pada tahun depan,menurut Bank Dunia pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Unjuran ini mengandaikan tiada peningkatan besar dalam konflik yang menjejaskan bekalan komoditi global,” menurut Bank Dunia.
Bagaimanapun,institusi itu memberi amaran: “Harga tenaga boleh meningkat lebih tinggi sekiranya konflik di Asia Barat semakin meruncing dan kerosakan terhadap infrastruktur minyak Rusia berterusan.”
Bank Dunia turut memberi amaran bahawa harga tenaga yang lebih tinggi daripada jangkaan atau kesan fenomena cuaca El Nino yang lebih buruk boleh mencetuskan krisis makanan.
Krisis sedemikian boleh menyebabkan lebih ramai penduduk jatuh ke dalam kemiskinan tegar,seperti yang berlaku pada awal 2010-an.
Bank Dunia mentakrifkan kemiskinan tegar sebagai keadaan hidup dengan pendapatan kurang daripada US$3 sehari. Institusi itu menganggarkan kira-kira 811 juta penduduk di seluruh dunia kini tergolong dalam kategori itu. – BERNAMA-dpa