Berita Pengangkutan

36,000 penduduk Ethiopia lari ke Kenya akibat keganasan

Oct 28, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

GENEVA,28 Oktober – Kira-kira 36,000 penduduk Ethiopia melarikan diri ke Kenya bagi menyelamatkan diri daripada keganasan di bandar sempadan Moyale dan kawasan sekitarnya sejak ketegangan memuncak minggu lalu,menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

RINGKASAN BERITA AI

−

Beberapa individu dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan kedua-dua wilayah itu sejak beberapa hari kebelakangan ini,susulan pertikaian wilayah.

UNHCR bersama agensi migrasi,makanan dan kanak-kanak PBB,serta Persatuan Palang Merah Kenya dan rakan kemanusiaan lain,sedang bekerjasama menyokong usaha bantuan yang diketuai kerajaan Kenya.

Keutamaan segera adalah mengenal pasti dan memenuhi keperluan mendesak mereka yang mencari perlindungan,di samping membantu komuniti tempatan yang menerima kedatangan penduduk terbabit.

Ethiopia,negara kedua paling ramai penduduk di Afrika dengan kira-kira 130 juta orang,berdepan pelbagai konflik bersenjata di beberapa wilayahnya.

Pertikaian di kawasan sempadan antara wilayah sering mencetuskan pertempuran.

Kerajaan persekutuan turut berdepan konflik dengan kumpulan pemberontak di wilayah Oromia dan Amhara,manakala pertempuran kembali tercetus di wilayah utara Tigray selepas ketegangan berbulan-bulan.

Wilayah itu sebelum ini menjadi medan perang dahsyat dari 2020 hingga 2022.

Pertikaian diplomatik dengan negara jiran,Eritrea,turut menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik baharu di rantau Tanduk Afrika. – AFP