
Mahmoud Khalil / Foto AFP
NEW YORK,28 Oktober – Mahmoud Khalil,tokoh utama demonstrasi pro-Palestin di Amerika Syarikat (AS) berhubung pencerobohan Israel di Gaza,kembali ke Universiti Columbia pada Selasa buat kali pertama sejak ditahan pada 2025 dalam tindakan keras pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap aktivis pro-Palestin.
RINGKASAN BERITA AI
−
Khalil turut mendakwa universiti gagal melindunginya daripada gangguan sebelum beliau ditahan pihak berkuasa imigresen AS dan ditahan selama tiga bulan tanpa pertuduhan jenayah,sebelum dibebaskan pada Jun 2025.
“Universiti Columbia boleh menjadi contoh bagaimana perbincangan sukar boleh diadakan di kampus,bagaimana menangani demonstrasi sedemikian serta bagaimana mempertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.
“Sebaliknya,mereka memilih tindakan yang bertentangan. Mereka memilih kekerasan dan penindasan,” katanya kepada AFP dalam satu temu bual.
Kepulangan Khalil bagaimanapun mendapat bantahan daripada beberapa kumpulan Yahudi di media sosial.
Dalam satu kenyataan yang dipetik media AS,jurucakap Universiti Columbia berkata institusi itu komited terhadap perbahasan ilmiah,penyelidikan dan dialog secara hormat meskipun terdapat perbezaan pandangan.
Menurutnya,universiti menyokong hak ahli fakulti untuk menganjurkan acara akademik,namun jemputan kepada seseorang individu tidak bermaksud pihak universiti menyokong pandangan individu berkenaan. – AFP