Berita Pengangkutan

Komisen tiket bas dipantau

Oct 21, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

KUALA LUMPUR,21 Oktober– Kerajaan akan memantau kadar komisen penjualan tiket bas menerusi platform dalam talian milik terminal bagi memastikan caj yang dikenakan munasabah dan lebih rendah berbanding ejen tiket dalam talian (OTA).

RINGKASAN BERITA AI

−

“Justeru,saya berpandangan syarikat bas tidak akan mengalami kerugian kerana mereka yang sudah mempunyai laman web sendiri boleh mengintegrasikannya dengan sistem terminal bas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Puteh berhubung ketetapan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang hanya membenarkan penjualan tiket bas ekspres menerusi terminal atau laman web berlesen,berkuat kuasa 1 November ini.