
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),M. Kulasegaran
KUALA LUMPUR,20 Oktober – Tiada kuota ditetapkan bagi kelulusan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG),sebaliknya calon dinilai berdasarkan merit dengan markah lulus minimum 40 bagi setiap mata pelajaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut beliau,antara faktor kegagalan calon ialah persediaan yang kurang menyeluruh terhadap undang-undang Malaysia,selain kelemahan mengenal pasti isu dalam soalan serta mengemukakan peruntukan undang-undang dan kes berkaitan.
PSAG merupakan peperiksaan profesional yang berbeza daripada peperiksaan ijazah undang-undang kerana calon,khususnya graduan luar negara perlu menguasai undang-undang yang terpakai di Malaysia sebelum layak menjalankan amalan guaman.