
Gambar Hiasan
PUERTO VALLARTA,13 Oktober – Hujan lebat dan banjir kilat yang membadai sepanjang pantai Pasifik Mexico akibat Taufan Simon dan Ribut Tropika Rachel telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Orang ramai digesa kekal berwaspada memandangkan amaran hujan lebat. Ombak setinggi hingga lima meter dijangka melanda beberapa kawasan pesisir pantai.
“Banjir dan tanah runtuh dilapor menjejaskan kawasan penempatan berhampiran sungai di negeri Michoacan dan Colima,” katanya.
Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) mengunjurkan Taufan Simon bakal menghampiri kawasan pantai barat tengah Mexico antara Rabu dan Khamis.
Menurut Koordinator Perlindungan Awam Kebangsaan,Laura Velazquez,taufan berkenaan dijangka melanda Mazatlan,Sinalo,sebagai taufan kategori 1.
Dalam pada itu,kawasan pusat peranginan terkemuka Puerto Vallarta yang sebelum ini bersiap sedia mendepani cuaca ekstrem,dilaporkan kembali tenang pada Isnin dengan cuaca cerah.- AFP