Berita Pengangkutan

Ancaman El Nino: Kesan cuaca ekstrem mula melanda dunia

Oct 13, 2026 IDOPRESS

Gambar hiasan

BANGKOK,13 Oktober – Isu jaminan keselamatan makanan,kebakaran hutan yang berterusan serta amalan penjimatan tenaga kini menjadi tumpuan dunia susulan fenomena cuaca El Nino yang berada pada paras tertinggi minggu ini.

RINGKASAN BERITA AI

−

Kumpulan pemulihara tempatan dilaporkan berjaya menyelamatkan puluhan ekor orang utan yang terperangkap dalam asap dan kebakaran.

Sementara itu di Brazil,jerebu akibat kebakaran hutan melampau turut menyelubungi Manaus,bandar terbesar di kawasan Amazon,sehingga memaksa penutupan sekolah awam.

Negeri Amazonas merekodkan hampir empat kali ganda jumlah titik panas kebakaran pada September lalu berbanding tahun sebelumnya.

Di Myanmar pula,pihak berkuasa memberi amaran kepada rakyat berhubung risiko gangguan bekalan elektrik selepas rangkaian grid kuasa negara itu terjejas akibat gelombang haba luar biasa yang berpunca daripada El Nino.

Dalam pada itu,Filipina turut mengambil langkah awal mempersiap empangan dan kapasiti tenaga negara berikutan jangkaan penurunan paras air bagi penjanaan kuasa hidroelektrik akibat cuaca panas dan kering.

Dalam perkembangan berkaitan,Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF),Kristalina Georgieva menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap impak El Nino ke atas keselamatan makanan global,sambil menegaskan pihaknya bersiap sedia menawarkan bantuan kewangan kepada negara terjejas.

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) turut memberi amaran gabungan peningkatan kos pinjaman,kenaikan harga tenaga dan impak El Nino berisiko mengembalikan puluhan juta penduduk dunia ke kancah kemiskinan.

Sementara itu,Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) mengesahkan El Nino dijangka terus meningkat berterusan sehingga mencapai kemuncaknya pada Disember ini.

Agensi Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah merekodkan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu 29.70 darjah Celsius,manakala agensi cuaca Jepun mengisytiharkan El Nino kali ini sebagai antara yang terburuk pernah direkodkan.- AFP