
Foto AFP
ALGIERS,12 Oktober – Pihak berkuasa Algeria mengumumkan penahanan 61 warga Maghribi awal bulan ini kerana disyaki merancang tindakan sabotaj.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada 2021,Algiers memutuskan hubungan diplomatik dengan Rabat.
Kedua-dua negara juga sekian lama berselisih faham berhubung isu Sahara Barat.
Bekas tanah jajahan Sepanyol yang kaya dengan sumber mineral itu sebahagian besarnya dikuasai Maghribi sejak 1975 dan dianggap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai wilayah yang belum berpemerintahan sendiri.
Rabat menganggap Sahara Barat sebagai sebahagian daripada wilayahnya,manakala Algiers menyokong Barisan Polisario yang memperjuangkan kemerdekaan wilayah itu serta tuntutan hak menentukan nasib sendiri. – AFP