Berita Pengangkutan

Bot terbalik : 139 migran maut, 84 yang lain hilang

Oct 12, 2026 IDOPRESS

Pasukan IOM berada di lokasi bersama pihak berkuasa Djibouti bagi membantu operasi/Foto AFP

NAIROBI,12 Oktober – Sekurang-kurangnya 139 migran termasuk 15 kanak-kanak,maut manakala 84 lagi hilang selepas sebuah bot yang sarat membawa 350 penumpang terbalik di perairan Djibouti.

RINGKASAN BERITA AI

−

Angka itu kemudian dikemas kini kepada 139 kematian dan 84 orang hilang selepas lebih banyak mayat ditemukan.

Coissac turut memaklumkan pasukan IOM berada di lokasi bersama pihak berkuasa Djibouti bagi membantu operasi.

Berdasarkan angka terkini juga,seramai 82 orang terselamat daripada insiden bot karam itu dan kesemuanya merupakan warga Ethiopia.

IOM memaklumkan pihaknya sedang membantu 64 orang yang terselamat di sebuah pusat migran di Obock.

Sementara itu Jurucakap IOM,Kennedy Omondi Okoth,memberitahu AFP seramai 178,000 individu telah tiba di Djibouti dari Ethiopia antara Januari hingga Oktober tahun ini.

Sejak 10 September,IOM mengesan lebih 20,000 pergerakan merentasi sempadan dari Ethiopia ke Djibouti,walaupun konflik di Yaman semakin memuncak. – AFP