
Foto AFP
PANAMA,10 Oktober -Sekurang-kurangnya dua individu cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Panama pada Jumaat,mengakibatkan beberapa bangunan dan jalan raya runtuh.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS),gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.56 tengah hari waktu tempatan,dengan pusat gempa terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar kecil Pitaloza Arriba di wilayah Herrera.
USGS pada awalnya menganggarkan gempa itu berukuran 8.0 magnitud sebelum menyemak semula kepada 7.7 magnitud.
Amaran tsunami turut dikeluarkan bagi kawasan timur Lautan Pasifik,namun kemudian ditarik balik.
Sementara itu,Lapangan Terbang Antarabangsa Panama City ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga,manakala beberapa penerbangan dilencongkan ke lapangan terbang lain.
Pihak Berkuasa Terusan Panama memaklumkan operasi perkapalan di laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Atlantik itu tidak terjejas dan berjalan seperti biasa. – AFP