
Pegawai penyelamat membawa beg mayat yang mengandungi jasad mangsa nahas kapal Virgo Transport 8/ AFP
JAKARTA,9 Oktober- Polis Indonesia menahan empat suspek termasuk tiga pegawai syarikat perkapalan,berhubung kemalangan feri KM Virgo Transport 8 yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan ramai masih hilang di perairan Kalimantan Selatan,bulan lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Trunoyudo berkata tiga pegawai syarikat itu terdiri daripada seorang ejen,pengurus operasi dan pengurus besar cawangan Surabaya.
Penyiasat sedang meneliti dakwaan kecuaian serta kemungkinan penglibatan mereka dalam kemalangan itu.
Beliau berkata keempat-empat suspek ditahan di pusat tahanan Polis Kalimantan Selatan,dengan tempoh tahanan nakhoda sehingga 14 Oktober manakala tiga pegawai syarikat sehingga 23 Oktober.
Beliau berkata polis menyiasat keempat-empat suspek mengikut peruntukan Undang-Undang Pelayaran dan Kanun Jenayah Indonesia berkaitan dakwaan kecuaian,penyertaan serta bantuan dalam kemalangan itu. -BERNAMA