Berita Pengangkutan

MADANI Fellowship: 76 peserta disaran timba pengalaman rentas kementerian

Sep 30, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

PUTRAJAYA,30 September – Seramai 76 peserta Program MADANI Fellowship 2026 disaran memanfaatkan peluang menimba pengalaman dan pengetahuan menerusi pendedahan bersama pelbagai kementerian serta agensi kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau turut mengingatkan peserta supaya memanfaatkan peluang berinteraksi dengan mentor dalam kalangan menteri bagi mendapatkan pengalaman praktikal berkaitan tugas dan tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan.

Program MADANI Fellowship merupakan penjenamaan semula Program Felo Perdana selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Jun lalu.

Kesemua 76 peserta akan ditempatkan selama empat bulan bermula hari ini di Pejabat Menteri,Pejabat Timbalan Menteri,Pejabat Ketua Setiausaha Negara serta agensi terpilih di bawah kementerian.