
(Foto fail) Pesawat pejuang F/A-18E Super Hornet melakukan pendaratan di dek kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln/AFP
WASHINGTON,24 September- Pentadbiran Presiden Donald Trump mendedahkan lapan cubaan bunuh diri melibatkan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dalam kumpulan tempur kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln sepanjang penugasan berpanjangan di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam kejadian lain pada Mac,seorang anggota cuba terjun ke laut tetapi dihalang rakan setugas sebelum dibawa pulang ke pangkalan.
USS Abraham Lincoln meninggalkan California pada November 2025 untuk menjalankan tugas di Laut China Selatan sebelum dialihkan ke Asia Barat menjelang serangan AS-Israel terhadap Iran yang bermula pada akhir Februari 2026.
Kapal itu membuat persinggahan di Thailand pada awal September selepas 286 hari berada di laut ketika keluarga anggota tentera dan anggota Kongres membangkitkan kebimbangan mengenai cubaan bunuh diri,masalah kesihatan mental,kekurangan makanan dan kebersihan yang sebelum ini dinafikan Trump. -AFP