Berita Pengangkutan

Malaysia, China meterai MoU pengangkutan dan keselamatan penerbangan awam

Sep 23, 2026 IDOPRESS

Mou kerjasama pengangkutan dimeterai antara Menteri Pengangkutan (MOT),Anthony Loke dan Menteri Pengangkutan China,Liu Wei di Beijing / Foto Kementerian Pengangkutan

BEIJING,23 September – Malaysia dan China memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pengangkutan sekali gus memperkukuh kerjasama dua hala dalam sektor pengangkutan.

RINGKASAN BERITA AI

−

MoU tersebut merangkumi aspek kelayakan,pensijilan,pemantauan organisasi penerbangan,pelesenan serta pengawasan operasi penerbangan.

“Kerjasama ini akan terus memperkukuh standard keselamatan penerbangan awam,mengurangkan pertindihan dalam proses teknikal serta memudah cara pergerakan produk dan perkhidmatan aeronautik antara Malaysia dan China,” menurut kementerian itu.

Loke yang dalam lawatan rasmi ke Beijing,turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Pentadbir National Railway Administration of China,Song Xiude,bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan dan pengawalseliaan sektor rel,keselamatan operasi,pembangunan kapasiti serta penerapan teknologi.

Lawatan rasmi ini mencerminkan hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Beijing yang terus berkembang serta komitmen kedua-dua negara untuk menterjemahkan hubungan erat tersebut kepada kerjasama pengangkutan yang praktikal,berimpak tinggi dan saling menguntungkan.