Berita Pengangkutan

Trend kesihatan mental golongan muda meningkat setiap tahun

Sep 21, 2026 IDOPRESS

Foto kecil: Farhana Nabila,Pegawai Psikologi Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya UM

KUALA LUMPUR,21 September- Trend masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda di Malaysia dilihat meningkat setiap tahun,kata Pegawai Psikologi Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaya (UM),Farhana Nabila.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Kita tidak boleh menganggap isu akademik lebih besar daripada isu kewangan atau sebaliknya,kerana setiap individu merasai bebanan yang berbeza,” katanya.

Farhana berkata sebagai kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM),pihaknya menyediakan sokongan menerusi sesi kaunseling dan komunikasi bersama individu yang mendapatkan bantuan.

Dalam pada itu,beliau berkata majikan juga perlu memahami isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja khususnya golongan muda dan graduan baharu.

“Penting untuk majikan faham bahawa isu kesihatan mental ini sangat penting dan perlu ditekankan kerana jika tidak dikawal,ia boleh membawa padah kepada individu tersebut,” katanya.