Berita Pengangkutan

Pengampunan Najib: Kuasa terletak pada Yang di-Pertuan Agong – PM

Sep 18, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Anwar /RTM

PUTRAJAYA,18 September – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kuasa pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak terletak pada Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian kepada media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Nur Perdana,Presint 10,Putrajaya,hari ini bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Khutbah Jumaat bertajuk “Bekalan Menuju Hari Akhirat” disampaikan Imam dan Khatib,Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly.

Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar menegaskan keputusan berkenaan tidak menjejaskan prinsip negara hukum dan pendirian kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap semua kes rasuah.

Beliau berkata semua kes,termasuk yang sedang berjalan membabitkan Datuk Seri Najib,perlu terus mengikut landasan undang-undang.

“Saya tegaskan bahawa semua kes,sama ada yang melibatkan Datuk Seri Najib yang sedang berjalan mahupun kes-kes rasuah lain,mesti berjalan mengikut landasan undang-undang.

“Ini tidak bermakna negara harus tunduk kepada amalan perompak dan rasuah,” jelasnya.

Terdahulu,Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib,dengan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-64 dan antara syarat ditetapkan ialah pembayaran denda RM50 juta.

Sekiranya syarat ditetapkan tidak dipatuhi,pengampunan bersyarat berkenaan terbatal dan baki hukuman perlu diteruskan di penjara.