
Pemimpin Houthi,Abdul Malik al-Houthi/ AFP
RIYADH,18 September- Kumpulan Houthi di Yaman menafikan dakwaan Arab Saudi bahawa pihaknya melancarkan serangan dron yang berjaya digagalkan terhadap kota suci Mekah ketika pertempuran baharu di Yaman meragut puluhan nyawa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,sekurang-kurangnya 23 anggota tentera Kerajaan Yaman terbunuh dalam tempoh 24 jam akibat serangan peluru berpandu dan dron Houthi di dua wilayah di barat daya negara itu,menurut pegawai tentera kerajaan kepada AFP.
Sumber tentera Houthi pula mendakwa 40 tenteranya terbunuh dalam serangan udara Arab Saudi dan pertempuran darat dalam tempoh sama.
Pertempuran kembali memuncak selepas gencatan senjata rapuh antara Houthi dan kerajaan Yaman pada 2022 berakhir pada Julai.
Houthi kemudian mengumumkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi serta melancarkan serangan ke atas kapal dan wilayah negara itu.
Konflik terbaharu turut menyaksikan Houthi menguasai kawasan strategik yang menghadap Selat Bab al-Mandab di Laut Merah.
Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),konflik itu memaksa lebih 100,000 penduduk Yemen meninggalkan kediaman mereka. -AFP