Berita Pengangkutan

Diplomasi dengan Myanmar penyelesaian jangka panjang isu pelarian

Sep 16, 2026 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,16 September – Pendekatan diplomasi dengan pemerintah Myanmar menjadi antara usaha jangka panjang Malaysia bagi menyelesaikan isu pelarian Myanmar di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI

“Kalau tidak boleh dilakukan 100 peratus,kita laksanakan secara berperingkat,” katanya ketika menjadi tetamu program audio siar Eps Khas: Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim,Di Sebalik Gelaran PMX,hari ini.

Jelas Perdana Menteri,pendekatan diplomasi dilihat lebih berkesan berbanding sekadar mengecam atau bertindak berdasarkan kemarahan terhadap kehadiran warga Myanmar di Malaysia.

Beliau mengakui keresahan rakyat susulan tindakan segelintir warga asing yang melanggar undang-undang,namun menegaskan tindakan penguatkuasaan tetap akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

“Namun,kalau mereka melanggar undang-undang,kita tetap bertegas. Contohnya apabila ada yang membuat demonstrasi di depan pejabat saya,saya terus arahkan pihak polis mengambil tindakan segera tanpa tangguh.

“Tetapi imej Malaysia sebagai negara yang ada nilai kemanusiaan mesti dijaga. Tangkap dan simpan boleh,tetapi jangan pukul atau hina mereka.

“Kita kena ingat sejarahnya. Kerajaan terdahulu yang mengundang mereka masuk siap dengan perhimpunan besar. Bila dah jadi lambakan begini,orang marah pada saya padahal orang lain yang bawa masuk. Tetapi tidak apa,saya ikut proses undang-undang dan cari penyelesaian,” kata Datuk Seri Anwar.

Sebelum ini,KDN memuktamadkan fasa pertama Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela membabitkan 5,000 pelarian warga Myanmar yang layak dihantar pulang ke negara asal.

Daripada jumlah itu,seramai 1,476 warga Myanmar akan dihantar pulang menerusi fasa pertama program berkenaan pada 29 September ini.

Kesemua individu terbabit dikenal pasti oleh Kerajaan Republik Kesatuan Myanmar menerusi Nota Diplomatik No. 649/47 01(2026) bertarikh 13 Ogos lalu.