Berita Pengangkutan

Jerebu: Warga kota sesuaikan aktiviti sambutan Hari Malaysia

Sep 16, 2026 IDOPRESS

Kogilavani,Nur Izyani Nadira Rosli dan Jocelyn Ng/ RTM

KUALA LUMPUR,16 September- Warga kota yang keluar menyambut Hari Malaysia hari ini mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu termasuk memakai pelitup muka,memastikan pengambilan air mencukupi dan memilih lokasi yang lebih terkawal.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Nur Izyani Nadira Rosli,22,memilih untuk tetap menghadiri festival budaya Malaysia pada hari terakhir penganjurannya dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Memang ketika keluar rumah kita dah nampak kabus jerebu yang tebal. Tak dinafikan. Tetapi disebabkan semangat cinta negara dan festival seperti ini bukan diadakan setiap hari,kami tetap hadir.

“Namun,perlu berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka,minum air banyak dan sentiasa periksa IPU (Indeks Pencemar Udara),” katanya.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia juga boleh diteruskan dengan memilih lokasi yang lebih terkawal,termasuk kawasan tertutup.

Dalam pada itu,Jocelyn Ng,25,memilih untuk menyambut Hari Malaysia dari rumah sebagai alternatif ketika keadaan jerebu.

“Di rumah,kita masih boleh menonton program berkaitan Hari Malaysia. Perhimpunan kecil bersama keluarga di rumah pun boleh.

“Kalau keluar,terutama ke tempat ramai seperti bazar,jangan lupa pakai pelitup muka,” katanya.

Sementara itu,dua kawasan di Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat pukul 2 petang ini dengan Cheras mencatat bacaan tertinggi 177 diikuti Batu Muda (171).

Di kawasan Lembah Klang lain,Johan Setia,Selangor merekodkan bacaan tertinggi 184,diikuti Shah Alam dan Putrajaya masing-masing 172.

Petaling Jaya mencatat bacaan 166,manakala Klang dan Banting masing-masing 162 serta Kuala Selangor (161).