
Sebahagian daripada ribuan pelarian Yaman yang tiba di Djibouti susulan pertempuran semakin memuncak./ REUTERS
YAMAN/ ISTANBUL,16 September – Pertempuran yang semakin memuncak di pantai barat Yaman menyebabkan lebih 100,000 penduduk terpaksa berpindah,manakala ribuan lagi melarikan diri merentasi Selat Bab el-Mandeb ke Djibouti.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa segera menggerakkan sumber dan menangani kekurangan pembiayaan bagi memastikan keperluan kemanusiaan dapat dipenuhi.
Di Aden,pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan sel tindak balas kemanusiaan bagi menilai dan memenuhi keperluan penduduk yang dipindahkan dari kawasan pantai barat dan Taiz.
Sementara itu,PBB menggesa semua pihak dalam konflik memastikan keselamatan orang awam,mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta membenarkan penghantaran bantuan secara selamat dan tanpa halangan.
Yaman sebelum ini menikmati tempoh ketenangan relatif sejak April 2022 selepas bertahun-tahun berdepan konflik antara kerajaan yang disokong gabungan diketuai Arab Saudi dengan kumpulan Houthi yang menguasai ibu negara Sanaa serta kawasan luas negara itu sejak 2014.
Pertempuran terbaharu bagaimanapun meningkatkan kebimbangan konflik berskala besar kembali tercetus di Yaman. – REUTERS/ BERNAMA-ANADOLU