Berita Pengangkutan

Empat rakyat Palestin maut dalam serangan terbaharu Israel di Gaza

Sep 16, 2026 IDOPRESS

Foto REUTERS

GAZA CITY,16 September – Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin maut manakala beberapa lagi cedera dalam beberapa serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza,Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sementara itu,seorang lagi rakyat Palestin maut manakala dua yang lain cedera,termasuk seorang dalam keadaan parah,selepas sebuah dron Israel menyasarkan orang awam yang melalui kawasan Sheikh Ajleen,barat daya Gaza City.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin turut memaklumkan pasukannya memindahkan sembilan mangsa yang cedera ke Hospital Medan Al-Saraya selepas serangan Israel di Jalan Al-Sinaa,Gaza City.

Dalam perkembangan sama,saksi melaporkan kenderaan tentera Israel melepaskan tembakan berat ke arah kawasan timur Deir al-Balah dan kem pelarian Al-Maghazi di tengah Gaza,selain kawasan timur Khan Younis di selatan.

Serangan tembakan dan bedilan turut dilaporkan berlaku di perairan berhampiran Gaza City dan Khan Younis.

Menurut angka Kementerian Kesihatan Gaza yang dipetik Anadolu,1,372 rakyat Palestin terbunuh manakala 4,659 lagi cedera akibat pelanggaran gencatan senjata oleh tentera zionis Israel sejak Oktober 2025. – REUTERS