Berita Pengangkutan

Langkawi destinasi pelancongan dunia, perlu kekal dengan identiti tersendiri

Sep 11, 2026 IDOPRESS

Sultan Kedah,Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah,merasmikan Hotel Hilton Burau Bay Langkawi,malam tadi./ RTM

LANGKAWI,11 September – Langkawi perlu terus diperkukuh sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan mengekalkan identiti dan keistimewaannya tersendiri.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sultan Sallehuddin bertitah demikian ketika merasmikan Hotel Hilton Burau Bay Langkawi,malam tadi.

Baginda turut menegaskan bahawa Langkawi perlu terus maju dan berkembang tanpa kehilangan identitinya,sebaliknya kekal dikenali dunia atas keunikan yang dimilikinya.

Menurut baginda,kekuatan sebenar Langkawi bukan terletak pada usaha untuk menjadi seperti destinasi pelancongan lain,tetapi pada keupayaannya menampilkan keistimewaan tersendiri sebagai sebuah destinasi yang unik.