Berita Pengangkutan

Kuota BUDI95, BUDI Diesel kekal walaupun harga minyak mentah naik

Sep 10, 2026 IDOPRESS

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto RTM

KAJANG,10 September –Kerajaan akan terus mengekalkan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 300 liter sebulan dan kuota BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan ketika ini,meskipun berdepan ketidaktentuan harga minyak mentah global.

RINGKASAN BERITA AI

−

Semalam,harga minyak mentah Brent melonjak melepasi AS$100 setong buat kali pertama sejak akhir Julai susulan ketegangan baharu Amerika Syarikat (AS)-Iran,sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kenaikan inflasi dan kadar faedah.

Brent meningkat lebih tiga peratus kepada AS$101.21 (RM411.86) setong,manakala West Texas Intermediate (WTI) AS naik melepasi AS$96 kepada AS$96.05 (RM390.87) setong.