Berita Pengangkutan

Banjir Nepal: Angka korban meningkat kepada 1,367, lebih 5,100 masih hilang

Sep 10, 2026 IDOPRESS

Anggota tentera Nepal membina jambatan besi merentasi Sungai Tadi,bagi memudahkan pergerakan operasi SAR dan penyaluran bantuan./ REUTERS

RASUWA,9 Sept[b]ember –[/b] Pihak berkuasa Nepal pada Rabu menaikkan angka korban akibat banjir yang melanda utara negara itu berhampiran sempadan China pada 26 Ogos,kepada 1,367 orang,manakala 5,132 lagi masih dilaporkan hilang.

RINGKASAN BERITA AI

−

Sementara itu,di Tibet,sekurang-kurangnya 43 orang dilaporkan maut manakala kira-kira 550 lagi masih hilang berdasarkan angka terbaharu pihak berkuasa China. Tiga mayat turut ditemukan di India.

Banjir lumpur melanda pada 26 Ogos selepas runtuhan sejumlah besar ais dan batu dari glasier mencetuskan gelombang air besar yang melanda beberapa bandar serta menjejaskan infrastruktur di utara Nepal.

Operasi mencari dan menyelamat turut diteruskan di kawasan projek hidroelektrik,dengan pihak berkuasa menyiasat kemungkinan pekerja yang hilang masih terperangkap di dalam terowong. – REUTERS