
Foto portal Universiti Malaya
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Universiti Malaya (UM) menganjurkan teater interaktif kemerdekaan dengan melakonkan semula detik bersejarah yang dilalui negara pada 31 Ogos 1957 bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme serta kefahaman mendalam mengenai sejarah kemerdekaan negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi memastikan ketepatan sejarah tanpa sebarang penyelewengan fakta pula,proses kajian dan persiapan program telah dijalankan selama lebih enam bulan dengan pembabitan pakar dalam bidang berkaitan.
Hampir 5,000 orang peserta hadir bagi menyaksikan teater interaktif berkenaan.
Selain dibuat secara fizikal,pihak universiti turut mendokumentasikan keseluruhan lakonan semula tersebut melalui bentuk visual bagi memberi impak pembelajaran yang lebih berkesan.
Sementara itu,Pengarah projek teater yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Zamri Radzi berharap agar pementasan tersebut turut menjadi kenangan kepada pelajar dan sesiapa sahaja yang menyaksikan teater ini pada hari ini.
“Pihak kami diminta untuk menyusun semula semuanya mengikut fakta sejarah termasuk kronologi peristiwa serta maklumat lain secara terperinci.
“Dengan mengambil jiwa semangat tahun 1957,ia dijelmakan melalui pementasan termasuklah aspek tata ruang,individu yang terlibat serta peristiwa yang berlaku pada tahun 1957,” katanya.