
Gambar hiasan
ISTANBUL,31 Ogos — Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada awal Isnin berkata pihaknya menyerang dua pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) di Jordan menggunakan peluru berpandu balistik sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas Pulau Larak,Iran,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Operasi itu menyasarkan sistem yang didakwa sedang dipersiapkan untuk melancarkan roket membawa periuk api laut ke Selat Hormuz.
IRGC berkata beberapa anggotanya dan orang awam terbunuh serta cedera dalam serangan itu justeru berikrar untuk bertindak balas.
Agensi berita Tasnim Iran berkata maklumat awal menunjukkan serangan itu dilakukan menggunakan dron.
— BERNAMA-ANADOLU