
Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil / RTM
KUALA LUMPUR,20 Ogos – Syarikat telekomunikasi (telco) terbabit diminta segera memberi penjelasan berhubung dakwaan sejumlah besar talian telefon yang didaftarkan telah disalahgunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian.
RINGKASAN BERITA AI
−
Terdahulu,Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan mendakwa,terdapat syarikat telekomunikasi membenarkan sehingga 20 hingga 50 talian telefon didaftarkan menggunakan satu nama,sekali gus berisiko disalahgunakan untuk penipuan dalam talian.
Beliau turut mendedahkan kes seorang warga emas yang mempunyai 18 talian berdaftar atas namanya walaupun hanya memiliki satu talian,selain satu kes lain melibatkan sehingga 400 talian.
“Kalau satu tempat (telco) boleh daftar menggunakan satu nama untuk 20 atau 50 talian tanpa masalah,perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akhirnya pengguna yang menanggung akibat,” katanya.