Berita Pengangkutan

KPM julung kali anjur Kejohanan Gendang 24 Perayaan Sekolah Rendah peringkat kebangsaan

Aug 4, 2026 IDOPRESS

Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia,Wong Kah Woh / Foto RTM

KUALA LUMPUR,4 Ogos – Kementerian Pendidikan (KPM) julung kali menganjurkan Kejohanan Gendang 24 Perayaan Sekolah Rendah peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos ini di Ipoh,Perak.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata demikian selepas hadir pada program bual bicara Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,hari ini.

Wong berkata sebanyak 16 pasukan daripada sekolah seluruh negara menyertai kejohanan itu selepas melepasi proses pemilihan peringkat negeri.

Mengulas aspek perpaduan beliau berkata,walaupun majoriti peserta terdiri daripada masyarakat Cina,namun kejohanan tersebut turut berjaya menarik penyertaan murid kaum lain.

“Pada pertandingan peringkat Zon Sarawak baru-baru ini,pasukan naib johan dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. Anthony disertai lebih separuh murid Bumiputera.

“Ini menunjukkan keunikan masyarakat kita apabila kita menggabungkan kesemua murid kita untuk bersama-sama dalam satu permainan dan persembahan”,jelasnya.

Selain itu,beliau berharap sokongan berterusan KPM dan Kerajaan MADANI dapat meningkatkan lagi penyertaan Gendang 24 Perayaan yang kini merekodkan lebih 68,000 peserta sejak mula dianjurkan sekali gus memastikan warisan budaya terus berkembang sebagai kebanggaan negara.