
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) ketika ditemui pemberita di Kuching dan gambar tular (kanan) keadaan di sebuah tadika di Langkawi yang dikaitkan dengan pengabaian kanak-kanak / Foto RTM
KUCHING,18 Julai – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar pegawai ke sebuah tadika di Langkawi bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlakunya pengabaian kanak-kanak yang tular di media sosial baru-baru ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada masa sama,Datuk Seri Nancy mengakui penutupan sementara tadika itu memberi kesan kepada ibu bapa yang terpaksa mencari alternatif penjagaan anak mereka.
Bagaimanapun,beliau berkata,tindakan menutup sementara premis berkenaan adalah wajar bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus serta menjamin keselamatan dan kebajikan kanak-kanak yang terlibat.
Kes berkenaan mendapat perhatian ramai selepas beberapa rakaman video yang didakwa memaparkan layanan tidak wajar terhadap kanak-kanak di sebuah tadika di Langkawi tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi,ACP Khairul Azhar Nuruddin,tindakan tersebut dipercayai dibuat oleh seorang guru yang telah diberhentikan pada Rabu lalu.
Antara tuduhan yang dinyatakan adalah kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam dan ada beberapa daripada mereka pernah dikunci di dalam tandas.
Polis masih menyiasat kesahihan dakwaan ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.