
Foto Facebook Anwar Ibrahim
NILAI,17 Julai – Cadangan menambah baik bantuan tambang penerbangan khususnya kepada pelajar dari Sabah,Sarawak dan Labuan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi meringankan beban mereka pulang ke kampung,terutama pada musim perayaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Datuk Seri Anwar,Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook telah mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan bagi menambah kekerapan penerbangan untuk tempahan awal sebagai usaha membantu menurunkan harga tiket.
Beliau berkata,kenaikan harga minyak mentah dunia turut memberi kesan kepada kos operasi syarikat penerbangan dan kewangan kerajaan.
Katanya,ketika Belanjawan disediakan,kerajaan membuat unjuran harga minyak mentah pada paras AS$70 setong,namun harga itu pernah meningkat sehingga mencecah AS$114 setong sebelum kini berada sekitar AS$79 hingga AS$80 setong.
Terdahulu,seorang pelajar memohon penambahbaikan bantuan tambang penerbangan susulan kenaikan harga tiket,terutama pada musim perayaan.