
Anthony Loke mengumumkan cadangan mekanisme pampasan khas kepada mangsa kemalangan jalan raya menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987/Foto RTM
PUTRAJAYA,17 Julai – Jemaah Menteri bersetuju secara dasar dengan cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah kemalangan jalan raya membayar pampasan kepada mangsa atau waris sebagai hukuman tambahan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jelasnya,elemen pampasan itu akan dimasukkan terus di bawah kes jenayah sebagai reformasi perundangan bagi membela nasib mangsa.
“Mekanisme pampasan yang dicadangkan ini juga tidak akan menjejaskan hak mangsa atau waris untuk membuat tuntutan insurans atau mengambil tindakan sivil melalui saluran perundangan sedia ada,” katanya.
Selain mekanisme pampasan,pindaan itu turut memberi tumpuan kepada pengukuhan Sistem KEJARA sebagai intervensi awal bagi mengawal pemandu berisiko tinggi dan pesalah tegar melalui tatacara makluman mata demerit yang lebih telus.
Draf pindaan undang-undang itu disasarkan dibentangkan di Dewan Rakyat menjelang November 2026 selepas melalui sesi libat urus menyeluruh dan penelitian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
“MOT komited membangunkan kerangka perundangan yang membela mangsa dan waris,memastikan pesalah bertanggungjawab sepenuhnya serta mencegah kesalahan jalan raya daripada terus berulang,” katanya.