Berita Pengangkutan

Tujuh diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Chongqing

Jul 18, 2026 IDOPRESS

Kejadian tanah runtuh menyebabkan kediaman di sepanjang Sungai Wujiang,Chongqing/ REUTERS

CHONGQING,17 Julai – Sekurang-kurangnya tujuh individu berjaya diselamatkan susulan beberapa bangunan kediaman di sepanjang Sungai Wujiang,Chongqing,barat daya China,roboh dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Pihak berkuasa memaklumkan,pemeriksaan awal mendapati seorang petugas komuniti di Daerah Pengshui mengesan batu-batu kecil jatuh dari cerun sekitar 8.00 pagi waktu tempatan,sebelum amaran kecemasan dikeluarkan kepada penduduk.

Bagaimanapun,punca kejadian masih dalam siasatan. Menurut media rasmi China,beberapa bangunan kediaman runtuh akibat kejadian itu,manakala jumlah sebenar mangsa yang masih terperangkap belum dapat dipastikan.- REUTERS