
Foto REUTERS
WASHINGTON,17 Julai – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera susulan satu lagi siri serangan Amerika Syarikat (AS) dilancarkan ke atas Iran pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Komando Pusat AS (CENTCOM),tentera negara itu melancarkan serangan baharu terhadap Iran pada Khamis,memasuki malam keenam berturut-turut dalam usaha melemahkan keupayaan ketenteraan Tehran.
Serangan itu berlaku selepas beberapa hari pertempuran antara AS dan Iran yang berterusan meskipun kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada pertengahan Jun.
Menerusi memorandum berkenaan,kedua-dua pihak dijangka menghentikan permusuhan dan memulakan rundingan ke arah mencapai perjanjian muktamad dalam tempoh 60 hari.- REUTERS