Berita Pengangkutan

Malaysia kutuk pelan peluasan penempatan haram Israel di Wilayah Palestin Diduduki

Jul 17, 2026 IDOPRESS

Malaysia mengutuk pelan terbaharu rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Wilayah Palestin yang Diduduki.

KUALA LUMPUR,16 Julai – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pelan terbaharu rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT),yang disifatkan sebagai pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI

Malaysia turut menegaskan komitmennya untuk terus berdiri teguh bersama perjuangan rakyat Palestin.

“Malaysia menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama rakyat Palestin dan mengulangi sokongan berterusan terhadap penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967,dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan itu.