CelcomDigi peroleh spektrum baharu perkukuh rangkaian negara

Dec 2, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menerima peruntukan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi jalur frekuensi 1800MHz dan 2600MHz,berkuat kuasa pada 30 November 2025/foto fail

KUALA LUMPUR,1 Disember - Pengendali rangkaian mudah alih terbesar negara,CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menerima peruntukan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi jalur frekuensi 1800MHz dan 2600MHz,berkuat kuasa pada 30 November 2025.

Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya memaklumkan,tempoh peruntukan bagi jalur 1800MHz akan berkuatkuasa sehingga 30 Jun 2032,manakala jalur 2600MHz akan diperuntukkan sehingga 30 Jun 2027.

CelcomDigi telah membuat bayaran komponen harga berjumlah RM292.5 juta kepada MCMC untuk kedua-dua jalur tersebut.

''Syarikat juga akan membuat komitmen pembayaran tahunan terkumpul sebanyak RM120 juta sepanjang tempoh peruntukan.

''Pemberian ini akan memastikan keupayaan rangkaian dan kualiti pengalaman CelcomDigi untuk lebih 20.5 juta pengguna di rangkaian kami," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama,ia turut mengesahkan komitmen syarikat itu terhadap pelaburan infrastruktur bagi memenuhi keperluan kesalinghubungan dan pendigitalan yang semakin meningkat di Malaysia.