Berita Pengangkutan

837 rakyat Malaysia ditahan di luar negara terkait kes penipuan dalam talian

Nov 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

KUALA LUMPUR,10 November - Seramai 837 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian,setakat 8 November lalu.

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan penahanan paling ramai direkodkan di China.

"Seramai 545 individu telah ditahan di China,masing-masing 505 lelaki dan selebihnya wanita. Penahanan di Singapura merekodkan angka kedua tertinggi iaitu seramai 168 orang dengan 148 lelaki dan 14 wanita.

"Manakala di Jepun melibatkan 34 orang,Korea (22),India (20),Indonesia (11) Thailand (10) dan lain-lain," jelasnya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kluang,Wong Shu Qi di Parlimen.

Beliau pada masa sama turut menasihati rakyat Malaysia agar terus berwaspada dan memahami undang-undang negara yang dilawati bagi mengelakkan terjerumus dalam aktiviti jenayah atau kesalahan yang boleh menjejaskan imej negara.