Berita Pengangkutan

Lawatan Negara YDP Agong ke Arab Saudi dan Bahrain, manfaat kepada negara

Nov 3, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lawatan Negara YDP Agong ke Arab Saudi dan Bahrain / Foto Facebook PM

KUALA LUMPUR,3 November – Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim ke Arab Saudi dan Bahrain diyakini membawa limpahan manfaat serta pulangan yang terbaik buat rakyat dan negara.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menzahirkan keyakinan itu,turut merafak sembah dan menjunjung kasih atas keberangkatan Seri Paduka Baginda bagi memulakan Lawatan Negara ke negara-negara berkenaan.

“Patik mohon ampun kerana tidak dapat bersama mengiringi keberangkatan Tuanku atas kekangan urusan kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sultan Ibrahim berangkat ke Arab Saudi untuk Lawatan Negara bermula hari ini hingga 6 November dalam kesinambungan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dengan pelbagai negara luar demi kepentingan dan manfaat rakyat serta negara.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pada 9 pagi.

Yang di-Pertuan Agong dijadual meneruskan Lawatan Negara ke Bahrain pada 6 November.