Berita Pengangkutan

Pemandu pelancong wajib ikuti kursus tingkat mutu perkhidmatan

Oct 31, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto PARLIMEN

KUALA LUMPUR,31 Oktober - Pemandu pelancong di negara ini akan diwajibkan mengikuti kursus dan latihan anjuran Tourism Malaysia bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelancong.

Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Seri Tiong King Sing berkata,program latihan itu akan dilaksana dengan kerjasama pusat bahasa serta pusat latihan pelancongan bagi memperkukuh kemahiran pemandu pelancong,khususnya dalam penguasaan pelbagai bahasa.

"Tourism Malaysia diminta bekerjasama dengan pusat bahasa dan pusat latihan pelancong untuk menawarkan kursus bahasa kepada semua pemandu pelancong di seluruh negara.

"Ini bagi memastikan pelancong menerima perkhidmatan terbaik," jelasnyaketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC)di Dewan Rakyat,semalam.

Datuk Seri Tiong turut memaklumkan MOTAC sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai peluasan pelepasan khas cukai sehingga RM1,000 kepada sektor yang terlibat dalam perkhidmatan pelancongan dan perniagaan.