Belanjawan 2026: Peruntukan RM21.74 bilion lonjakan signifikan untuk ATM

Oct 11, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,11 Oktober - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyambut baik pembentangan Belanjawan MADANI 2026 oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,semalam.

Menerusi satu kenyataaan,Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata,belanjawan ini memberi dorongan besar kepada ATM untuk terus memperkukuh keupayaan pertahanan negara,selaras dengan usaha pemodenan aset ketenteraan dan penjagaan kebajikan anggota serta keluarga.

Tahun 2026,Kementerian Pertahanan dan ATM menerima peruntukan sebanyak RM21.74 bilion,meningkat hampir tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu,RM14.11 bilion diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus,manakala RM7.63 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan.

ATM komited melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi memelihara kedaulatan negara dan memperkukuh keselamatan persempadanan Malaysia.