CAAM sahkan helikopter polis kemalangan berhampiran Sungai Pulai

Jul 10, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Maritim Malaysia menyelamatkan kesemua mangsa yang terbabit kemalangan helikopter polis berhampiran Sungai Pulai

GELANG PATAH,10 Julai – Sebuah helikopter polis jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendarat cemas berhampiran Sungai Pulai,Gelang Patah,Johor pagi tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kesemua lima penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Menurut kenyataan CAAM,insiden melibatkan helikopter bernombor pendaftaran 9M-PHG itu berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada pukul 9.51 pagi.

"CAAM mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N berhampiran Sungai Pulai,Gelang Patah hari ini.

“Kesemua lima mangsa telah diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Mangsa kini sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu hari ini.

Siasatan berhubung insiden tersebut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.