Berita Pengangkutan

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Tun Abdullah

Apr 15, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,14 April- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Ucapan itu dizahirkan Baginda berdua menerusi satu hantaran di Facebook rasmi.

Terdahulu,RTM melaporkan Tun Abdullah,85,meninggal dunia di Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam tadi

Penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah buat orang awam akan diadakan esok di ruang solat utama Masjid Negara dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Allahyarham akan disemadikan di Makam Pahlawan,Masjid Negara sejurus selepas solat jenazah selepas solat zuhur.

Tun Abdullah yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003 dan menerajui negara sehingga 3 April 2009.

BERITA BERKAITAN

Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun

Pemergian Pak Lah: 'Malaysia kehilangan sosok damai' - Anwar

Pak Lah alami masalah pernafasan sebelum meninggal dunia - IJN