Berita Pengangkutan

Sultan Ibrahim & PM lakukan tinjauan mesra di Bukit Bintang

Mar 20, 2025 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,20 Mac- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim,berkenan meluangkan masa untuk melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,di ibu negara hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim,tinjauan tersebut diadakan selepas Seri Paduka Baginda menerima kunjungan Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan mereka.

Hantaran tersebut turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan Sultan Ibrahim dan Anwar berjalan bersama di sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang.